Yayasan Sultanah Bahiyah

<title>HTML clipboard

PUSAT HEMODIALISIS TUNKU SARINA

Pusat rawatan hemodialisis anjuran Yayasan Sultanah Bahiyah dan Yayasan EMKAY telah dirasmikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanka Sultan Kedah pada 25hb Mei 2009 yang lalu dan telah dinamakan sebagai Pusat Hemodialisis Tunku Sarina. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan juga telah berkenan melawat pesakit-pesakit yang sedang menjalani rawatan hemodialisis di pusat. Pusat Hemodialisis Tunku Sarina telah menerima sumbangan 2 buah mesin hemodialisis daripada Jabatan Zakat Negeri Kedah yang telah membantu lebih ramai pesakit mendapatkan rawatan di sini. Selain itu, sumbangan berbentuk wakaf diterima daripada R&A Advertising dan YBhg Encik Cheng Joo An untuk kegunaan para pesakit dan pengunjung pusat ini.

Sehingga kini seramai 60 orang pesakit sedang mendapatkan rawatan di pusat ini secara harian atau berkala dan sebanyak 14 buah mesin hemodialisis bagi memenuhi keperluan pesakit pada masa ini. Matlamat pusat ini adalah unntuk memberikan rawatan hemodialisis kepada pesakit yang kurang berkemampuan dengan bayaran yang minima dan termampu oleh pesakit. Yayasan Sultanah Bahiyah sentiasa mengalu-alukan sumbangan daripada pihak-pihak yang prihatin bagi menambah bilangan mesin atau membantu membiayai kos barangan pakai buang dan ubat-ubatan hemodialisis di pusat ini.

   
   
 
 
  • Terkini

  • Digemari

Jemput kawan

Online

Kami ada 13 tetamu online

Maklumat Pengunjung

72331
Hari iniHari ini7
SemalamSemalam135
Minggu iniMinggu ini267
Bulan iniBulan ini957
KeseluruhanKeseluruhan72331

 

Alexa stats and google pagerank