Program Wanita YSB
Wanita Asas Pembangunan Keluarga Sejahtera

Projek Bantuan Khas Usahawan Kecil Wanita YSB Menggalakkan Pembangunan Ekonomi Keluarga
Projek Bantuan Khas Usahawan Kecil Wanita YSB tetah ditubuhkan sejak tahun 2002 dan merupakan satu usaha YSB untuk membantu golongan wanita termasuk ibu tunggal yang miskin dan berpendapatan rendah atau tidak tetap, mempertingkatkan taraf ekonomi keluarga agar mereka terlepas dan belenggu kemiskinan. Projek bantuan khas ini semakin memberansangkan apabila melalui pelaksanaannya, ramai golongan-golongan wanita yang berpotensi untuk menceburi bidang perniagaan dan yang sediada berjaya dibantu.
Pemberian bantuan diberi kepada pemohon yang layak setelah permohonan mereka dipertimbangkan oleh jawatankuasa Program Pembangunan Wanita. Bentuk bantuan ialah sumbangan peralatan perniagaan. Selain pemantauan yang berterusan bagi memastikan kelancaran proses perniagaan, jawatankuasa Wanita YSB turut memberikan latihan untuk memperkasakan kemahiran dan pengetahuan
Program Penubuhan Taska Memangkin Pendapatan dan Pendidikan
Program Latihan dan PenubuhanTaska di Rumah adalah program baru yang dicadangkan oleh Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia (PPBM) kepada Yayasan Sultanah Bahiyah pada Januari 2008. Program kerjaya yang masih baru ini dilihat oleh YSB sebagai suatu langkah yang lebih mantap bagi membantu warga miskin dan ibu tunggal meneruskan usaha menambah pendapatan keluarga. Hal ini kerana, kerjaya ini boleh dikendalikan oleh surirumah, ibuu tunggal serta wanita yang menganggur dan bidang ini mampu memberikan impak yang lebih positif kepada taraf ekonomi mereka yang rendah.
Bagi mencapai maksud tersebut, YSB telah membelanjakan RM 5,000.00 dan geran Kementerian Kewangan pada Februari 2008 bertujuan membiayai Pakej Latihan dan Kursus Latihan Asas Asuhan Taska di Rumah, Proses Penubuhan Taska dan Bimbingan selama 6 bulan (Holding Hands). Kursus asas telah dilaksanakan di Hotel Seri Malaysia Alor Star dari l0hb hingga l4hb Jun 2008. Majlis penutup disempurnakan oleh YTM Tunku Pengerusi. Melalui program ini, golongan wanita yang terpilih akan diberi tanggungjawab mengasuh kanak-kanak yang berumur empat tahun ke bawah (di rumah masing-masing) seramai 4 sehingga 9 kanak-kanak dengan menerima upahan.
Bengkel Kecemerangan Ibu Tunggal Amat Berkesan!
Bengkel dan kursus Kecemerlangan lbu Tunggal juga merupakan antara program tahunan Biro Wanita YSB. Kursus atau
bengkel ini adalah berkaitan pengurusan, kewangan dan praktikal bertujuan bukan sahaja membimbing golongan ibu tunggal menambahkan motivasi diri malah memberi panduan serta sokongan kepada mereka dalam hal-hal pengurusan sumber kewangan dan pengurusan kehidupan bagi menyeimbangkan kedua-dua aspek tersebut. Bengkel ini diadakan selama sehari pada 14 Mac 2008 di Yayasan Sultanah Bahiyah. Para Peserta yang terlibat diberi sijil penyertaan setelah berjaya menamatkan bengkel tersebut.









