Kebajikan YSB
Golongan Yang Memerlukan Terus Dibela
Selaras dengan objektif utama penubuhannya, Yayasan Sultanah Bahiyah terus menabur bakti dan memberi bantuan kepada golongan-golongan yang memerlukan bantuan tanpa mengira bangsa dan agama.
Sumbangan YSB Menjadikan Perayaan Lebih Bermakna
Adalah menjadi kemestian kepada YSB seperti tahun-tahun sebelumnya untuk menghulurkan sumbangan bagi setiap musim perayaan. Pada tahun 2008, sebanyak RM 124,900.00 telah di peruntukkan dan diagihkan ketika sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri,Tahun Baru Cina, Deepavali dan Krisrmas tahun ini yang meliputi semua daerah di Negeri Kedah. Majlis-majlis penyampaian sumbangan yang telah berlangsung menjadi Iebih bermakna apabila disempurnakan oleh Pengerusi YSB, Yang Teramat Mulia Dato’ Sen Tunku Puteri Intan Safinaz bt KDYMM Tuanku Sultan Haji Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Yang Teramat Mulia Dato’ Sen Tunku Hajah Nafisah bt Airnarhurn Sultan Badlishah sebagai Pengerusi Kebajikan YSB.
Hulurkan Bantuan Kepada yang Memerlukan
Jawatankuasa Kebajikan YSB turut sentiasa memantau individu yang berkelayakan menerima sumbangan serta bantuan kebajikan. Antara bantuan kebajikan pada tahun in YSB telah menghulurkan sumbangan kepada Mohd Firdaus bin Che Aad @ Saad yang mernerlukan bantuan untuk menjalani pembedahan ketumbuhan dalam kepala sebanyak RM 3,600.00. Mangsa kebakaran iaitu Encik Mohamad Sharip bin Abd Halim dan Encik Sulaiman bin Jusoh turut dibantu dan masing-masing telah menerima sumbangan
sebanyak RM 3,000.00. Selain itu, pada 23 Oktober, Pengerusi Kebajikan YSB telah berangkat ke majlis penyerahan sumbangan kepada mangsa kebakaran yang berlaku pada 12 Oktober 2008 di Kampung Baru, Guar Chempedak. 4 keluarga yang menjadi mangsa kebakaran diberikan sumbangan sebanyak RM 2,000.00. Bantuan kebajikan yang lain adalah merupakan bekalan makanan, pemberian alatan kesihatan dan bantuan kerosakkan rumah kepada rakyat miskin yang berkelayakan.
YSB turut MembantuMangsa Banjir
YSB juga telah menghulurkan bantuan kepada banjir di Daerah Yan pada 9 September 2008. Majlis telah disempurnakan oleh Pengerusi YSB, Yang Teramat Mulia Dato’SeriTunku Puteri lntan Safinaz bt KDYMM Tuanku Sultan Haji Abdul Halim Mu’adzam Shah yang turut turun padang untuk melihat sendiri keadaan di daerah tersebut. Sumbangan yang dihulurkan berupa barangan makanan dan minuman, barangan keperluan bayi dan warga emas seperti lampin, susu dan sebagainya. Sumbangan telah diedarkan kepada ilma penempatan mangsa banjir iaitu di Masjid Pekan Teroi, Surau Teroi Bukit, Masjid Titi Teras, Dewan Serbaguna Guar Chempedak dan Surau Kepala Bukit.








