Yayasan Sultanah Bahiyah

E-mail Cetak PDF

Projek Titian Ehsan

Usaha Mewujudkan Remaja Terbilang

Projek Titian Ehsan disasarkan kepada golongan remaja berusia dari 13 hingga 27 tahun bagi mengajak dan membentuk nilai positif serta mengamalkan gaga hidup sihat dan berwawasan. Projek ini mencetuskan betapa pentingnya generasi muda di dalam membuat keputusan yang jelasmengenai hidup mereka. Melalui kaedah bersukan, kem-kem, seminar, latihan, lawatan sambil belajar, remaja ini diharap dapat dihindarkan dari terjebak kepada tabiat negatif dan tidak bermoral serta membahayakan diri mereka.

 


 HTML clipboard

Projek Titian Ehsan dibahagikan kepada 4 bahagian iaitu :
  1. BAHAGIAN PEMBANGUNAN BELIA

Di wujudkan bagi membimbing dan menggalakkan para remaja mengamalkan gaya hidup sihat dan berwawasan melalui :

  1. Aktiviti-aktiviti kesukanan remaja.
  2. Seminar/kem-kem motivasi bersama IPT.
  3. Kem kesedaran alam sekitar.
  4. Kem intergrasi sukarelawan.
  5. Khidmat masyarakat sukarelawan.
  6. Modul pendidikan kesihatan remaja.
  7. Program pembangunan atlet sukan lasak.
  8. Seminar/bengkel komputer dan ICT.
  9. Pasukan Sukarelawan YSB.
  1. BAHAGIAN PEMBANGUNAN KERJAYA

Diwujudkan bagi memberi khidmat nasihat, bimbingan dan penganjuran program berkaitan kerjaya seperti :

  1. Seminar kerjaya.
  2. Pameran kerjaya dan akademik.
  3. Lawatan kerjaya dan lawatan ke sektor perkhidmatan dan perindustrian.
  4. Kem motivasi dan jatidiri kerjaya.
  5. Kem perpaduan remaja.
  1. BAHAGIAN AUDIT DAN PENYELIDIKAN

Diwujudkan bagi menilai dan menyelidik :

  1. Keberkesanan projek-projek yang dijalankan oleh setiap bahagian didalam PTE.
  2. Memastikan setiap program/projek yang dirancang dan dilaksanakan menepati serta bersesuaian dengan matlamat penubuhan PTE dan aspirasi remaja masakini.
  3. Memberi idea-idea dan maklumbalas yang dirancang atau dilaksanakan.
  1. PUSAT KHIDMAT & INFORMASI REMAJA (P-KIR)

Diwujudkan sejak tahun 2001 dan beroperasi di tingkat 4, kompleks Star Parade, Alor Star. Berfungsi sebagai :

  1. Membekalkan maklumat/berkaitan aktiviti remaja anjuran YSB atau agensi berkaitan.
  2. Memberikan khidmat kaunseling & khidmat nasihat berkaitan masalah peribadi, kekeluargaan, kendiri ataupun kerjaya.
  3. Membekalkan maklumat berkaitan kerjaya, pengajian dan program-program kesukanan.
  4. Membekalkan maklumat berkaitan latihan pembelajaran dan kemahiran jangka pendek.
  5. Menyediakan pusat pembelajaran asas dan kemudahan ICT secara percuma dan terkawal.
  6. Merangka dan menyelia aktiviti sukarelawan YSB secara terancang & setempat.

YSB Extreme ke X-Games Kebangsaan dan Antarabangsa

Penyertaan YSB Extreme Team di X-Games Kebangsaan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 13hb Januari sempena lumba basikal jelajah Malaysia 2008 telah membuahkan hasil di mana mendapat tempat ke 2 hingga ke 5 bagi BMX Flatland Junior, tempat ke 3 bawah BMX Stunt Junior. Kejayaan ini sekaligus menaikkan nama YSB. Memandangkan sukan lasak ini kian mendapat perhatian di kalangan orang ramai, YSB Extreme dijemput mengadakan pertunjukkan di Ulangtahun ke 10 Kompleks Star Parade Alor Star pada 20hb Januari, perasmian Dewan Tunku Puteri Intan Safinaz di Permatang Katong Kota Kuala Muda pada 19hb April dan sambutan Hari Belia pada 13hb dan 14hb Jun di di Kompleks Rakan Muda Baling.

YSB turut mengambil bahagian dalam pertandingan terbuka "X-Games AKAL Comp" di Pusat Belia Antarabangsa, Kuala Lumpur pada 20hb dan 21hb April dan berjaya mendapat tempat ke 5 dan ke 8 bagi kategori terbuka. Pada 20 Oktober hingga 16 November 2008, pasukan ini bukan sahaja mengharumkan nama YSB, malah 3 orang daripada "flatland" YSB Extreme Team iaitu Muhd. Zarifi memenangi Johan pertandingan, Nun Adrian di tempat ke 4, dan Muhd Hidayah turut mewakili ke Pertandingan "Surya Slim Circuit X-Games

Competition"Terbuka Indonesia. Syabas,YSB ExtremeTeam!

 


 

YSB Memartabatkan Sukan Lasak Remaja melalui Pembinaan Skatepark

Perancangan pembinaan Skatepark yang dimulakan sejak tahun 2004 kini menjadi kenyataan apabila pada awal tahun 2008, Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman akhirnya bersetuju memperuntukkan sebahagian Taman Jubli Emas sebagai pusat sukan lasak YSB. Kos tapak dibiayai oleh kerajaan manakala kos "obstacle" dibiayai bersama YSB dan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia sebanyak RM 260,000.00. Antara komponen istimewa yang terdapat di sini ialah "wall ride, quarter pipe, combo, jump box, hip ramp' clan "roll in ramp" Gelanggang ini boleh digunakan untuk sukan "in-line skating, skate boarding" clan "bmx stunt" Oleh kerana keunikan rekabentuknya telah memenuhi kriteria dan berkeupayaan untuk menganjurkan pertandingan yang bertaraf antarabangsa. Skatepark YSB yang telah siap dibina sepenuhnya pada 20 Oktober 2008. Dengan adanya gelanggang ini ianya juga pemangkin kepada promosi pelancongan sukan di Negeri Kedah.

 

 

Perasmian Pembukaan "Skatepark YSB - Rakan Muda"

Bersempena dengan pembukaan "Skatepark YSB - Rakan Muda", YSB menganjurkan Karnival Sukan Remaja pada 27 & 28 Disember 2008. YTM Dato' Seri Tunku Puteri Intan Safinaz - Pengerusi YSB telah berkenan berangkat untuk merasmikan pada 27 Disember 2008. Antara acara yang dipertandingkan ialah BMX flatland, stunt, skateboard, inline skating, futsal lelaki dan wanita, karaoke remaja serta pameran khas skatepark. Dengan adanya skatepark ini telah menaikkan imej YSB di persada sukan lasak di Malaysia dan akan menjadi salah satu tarikan kepada remaja baru mengamalkan gaya hidup aktif dan sihat.

YSB Terus Mendekati Golongan Remaja

YSB dengan jaringan kerjasama UUM dan Jabatan Pelajaran Daerah Kubang Pasu telah melaksanakan program "Sukarelawan Mendekati Remaja" dari bulan Julai hingga sepanjang tahun 2008 hasil susulan program Prakerjaya - Pemantapan Diri Remaja"yang melibatkan golongan remaja berisiko tinggi. Program ini melibatkan 60 orang mahasiswa dari kursus Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Kerja Sosial dan 60 orang remaja terpilih dari Tingkatan 4 sekitar Daerah Kubang Pasu melibatkan 10 buah sekolah. Program dilaksanakan dengan kaedah kaunseling bersemuka, lawatan serta pemantauan perkembangan peserta program di rumah. Ini dapat membentuk hubungan berterusan, memberi ruang peserta meluahkan pendapat dan mahasiswa dapat aplikasikan kaedah intervensi iaitu membina "rapport" dengan klien (peserta) dan keluarga. Juga dapat meningkatkan keyakinan klien untuk bergaul dengan keluarga dan masyarakat. Kenderaan YSB (van) telah digunakan bagi membawa mahasiswa dari kampus ke rumah klien setiap kali jadual lawatan. Alhamdulillah klien yang dipantau telah menunjukkan perkembangan yang positif dari segi tingkah laku dan disiplin diri.

Pameran dan lawatan Kerjaya & Akademik

Pada 14hb Februari, seramai 40 orang pelajar menengah terpilih dari sekolah Daerah Kubang Pasu untuk mengikuti lawatan kerjaya ke Markas 6 Briged Infantri dan Kilang Naza Kia Gurun, Kedah. Lawatan sehari ini telah dapat mendedahkan pelajar kepada suasana alam pekerjaan dan dapat membantu remaja untuk membuat pilihan serta halatuju selepas persekolahan.

Pada 19hb April 2008, YSB telah mengadakan pameran kerjaya dan akademik di Taman Permatang Katong, Kota Kuala Muda bersempena dengan majlis persmian Dewan Tunku Puteri Intan Safinaz bagi memberi peluang remaja berkaitan pembelajaran samada di bidang akademik dan teknikal.

Pusat Khidmat dan Informasi Remaja YSB (P-kir)

P-kir yang asalnya terletak di tingkat 3, bangunan pusat membeli belah Star Parade telah dipindahkan ke tingkat 4 berhampiran gelanggan bowling. P-kir berfungsi sebagai pusat kaunseling serta memberi maklumat tentang aktiviti dan program YSB. Di sini juga dissediakan kemudahan internet dan bahan bacaan ringan serta risalah kerjaya.

 
  • Terkini

  • Digemari

Jemput kawan

Online

Kami ada 5 tetamu online

Maklumat Pengunjung

72337
Hari iniHari ini13
SemalamSemalam135
Minggu iniMinggu ini273
Bulan iniBulan ini963
KeseluruhanKeseluruhan72337

 

Alexa stats and google pagerank