Yayasan Sultanah Bahiyah

E-mail Cetak PDF

Projek Titian Bistari

Memperkasakan Pendidikan Luar Bandar

Pendidikan merupakan bidang yang turut diberi perhatian oleh Yayasan Sultanah Bahiyah sebagai langkah membantu melahirkan generasi yang berilmu pengetahuan. Jesteru, YSB telah mewujudkan projek kelas tambahan percuma yang dikenali sebagai Projek Titian Bistari. Ia dilancarkan sejak tahun1997 dengan kerjasama daripada Jabatan Pelajaran Negeri dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam. PTB telah mengadakan kelas tambahan percuma bagi murid tahun 4, 5 dan 6 dari keluarga berpendapatan rendah yang berpotensi maju di kawasan pedalaman Negeri Kedah di dalam matapelajaran Bahasa Inggeris, Matematik, dan Sains bertujuan meningkatkan pencapaian Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

Berikut adalah pergerakkan pretasi Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) pelajar-pelajar PTB mengikut tahun bermula Tahun 2005 sehingga Tahun 2008.

 


 

Program Motivasi Kecermelangan UPSR Menyuntik Semangat Berjaya

Dalam usaha meningkatkan semangat ingin berjaya dikalangan pelajar, YSB telah menganjurkan Program Motivasi Kecermelangan UPSR kepada murid-murid yang bakal menduduki peperiksaan UPSR. Dilaksanakan pada 6 hingga 8 jun 2008 dan bertempat di Universiti Utara Malaysia, program ini telah melibatkan seramai 1000 orang pelajar tahun 6 Projek Titian Bestari yang disempurnakan oleh YTM Dato’Seri DiRaja Tunku Soraya bt. KDYMM Tuanku Sultan Haji Abdul Halim Mu’adzam Shah selaku Pengerusi PTB. Pelajar-pelajar didedahkan kepada teknik-teknik mengulangkaji pelajaran yang lebih berkesan, teknik-teknik menjawab soalan kertas peperiksaan dan kaedah pengurusan masa. Penceramah-penceramah motivasi turut diundang untuk menyuntik dan menguatkan semangat serta azam untuk cemerlang dalam peperiksaan yang bakal menjelma.

 

 

 

Program Mengimarahkan Masjid Sebagai Penekanan Rohaniah

PTB turut adakan aktiviti di masjid bagi tujuan menerapkan nilai-nilai Islam dikalangan murid PTB. Bagi Kelas PTB di Kedawang, pihak Jawatankuasa Masjid juga turut mengadakan Kelas Fardu-ain dan Tahfiz yang dijalankan oleh Masjid Ar-Rahman Kedawang Langkawi dan program" Anak Ku Sayang"melibatkan para waris dan pelajar melalui aktiviti Qiamullail, Tazkirah, dan Ceramah Motivasi yang dianjurkan Masjid As-Saadah Tebengau sendiri. Program seumpama ini adalah digalakkan untuk diadakan disamping mengimarahkan suasana masjid dan melahirkan minat murid di dalam aktiviti keagamaan.

 

Alumni Mutiara YSB & Program Lawatan Sambil Belajar

Sebagai kesinambungan daripada Projek Titian Bistari, YSB juga turut menubuhkan Alumni Mutiara YSB bagi pelajar-pelajar cemerlang (Mutiara). Melalui penubuhan alumni ini, pelajar-pelajar Mutiara YSB dihimpun dan dikumpul semula untuk bersama-sama menyertai program-program mahupun aktiviti-aktiviti yang disediakan kepada mereka. YSB telah mengadakan Program Lawatan Sambil Belajar ke Geo Park, Langkawi pada 24 hingga 26 Mac 2008, dan melibatkan 16 orang pelajar 5A dalam UPSR tahun 2002. Disamping itu, mereka juga berpeluang mengadap dan beramah mesra bersama YTM Dato' Seri Tunku Puteri Intan Safinaz binti KDYMM Tuanku Sultan Haji Abdul Halim Mu'adzam Shah, Pengerusi YSB.

Tujuan utama Alumni Mutiara YSB ini dilaksanakan adalah bagi mengeratkan hubungan antara pelajar dan YSB sekaligus membimbing mereka sehingga ke peringkat pengajian tinggi. Hasilnya, pelajar-pelajar Mutiara YSB, telah menunjukkan prestasi amat cemerlang dalam PMR clan SPM sehingga dapat melanjutkan pengajian ke Pusat Pengajian Tinggi di dalam dan luar Negara. Antaranya Aini Afida binti Muaktar mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke Jerman dalam jurusan kerujuteraan manakala Nor Azwani binti Ramli dan Mohd Anuar Fahmi b Abd Fatah mendapat tawaran bidang perubatan di Ireland. Harapan juga agar satu hari nanti pelajar Mutiara ini dapat kembali berbakti dan menabur budi di Negeri Kedah.

 

 


 

 

 
  • Terkini

  • Digemari

Jemput kawan

Online

Kami ada 8 tetamu online

Maklumat Pengunjung

72606
Hari iniHari ini9
SemalamSemalam134
Minggu iniMinggu ini542
Bulan iniBulan ini1232
KeseluruhanKeseluruhan72606

 

Alexa stats and google pagerank