Yayasan Sultanah Bahiyah

E-mail Cetak PDF

Perutusan Pengerusi YSB


 

            Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi dengan kemajuan yang ditunjukkan oleh Yayasan Sultanah Bahiyah sebagai badan amal yang professional dan efisyen sejak ia ditubuhkan. Setelah mencapai tempoh 12 tahun penubuhannya, YSB telah menabur bakti dan menghulurkan bantuan kepada banyak pihak yang memerlukan melalui dana-dana yang dikumpul.

Saya merasa amat berbesar hati dan bangga dengan semangat yang berterusan di kalangan Ahli Lembaga Amanah dan semua kakitangan YSB dalam merealisasikan misi dan objektif penubuhannya. Apatah lagi tahun ini merupakan tahun sambutan Jubli Emas 50 tahun Pemerintahan Paduka Ayahanda KDYMM Tuanku Sultan Haji Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah. Sehubungan itu, bagi menunjukkan rasa taat setia dan rasa kasih kepada KDYMM Tuanku Sultan, YSB telah turut serta meraikan sambutan bersejarah ini melalui kempen-kempen kesedaran Jubli Emas 2008 serta mengeluarkan barangan berupa cenderamata kepada rakyat negeri Kedah Darul Aman. Selain itu, YSB juga berkerjasama dalam mempromosikan syiling emas dan perak Dinar & Dirham Mu’adzam Shah yang merupakan keluaran wang emas dan perak ekslusif yang boleh dimiliki semua rakyat sempena memperingati hati bersejarah ini.

YSB, pada pandangan saya, bukan sahaja telah mempamerkan tahap kemahiran yang tinggi, tetapi turut mengamalkan etika kerja yang dedikasi, telus dan setia dalam berbakti kepada rakyat di negeri Kedah ini. Akhir sekali, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak Kerajaan Negeri Kedah, para penaja dan penderma, sukarelawan, jabatan-jabatan kerajaan dan swasta serta individu-individu yang tidak jemu menyokong YSB dalam melaksanakan program-program yang memberi manfaat kepada masyarakat.

Sekian, terima kasih.

 

 

Dato’ Seri Tunku Puteri Intan Safinaz Binti KDYMM Tuanku Sultan Haji Abdul Halim  Mu’adzam Shah.

DKH., DKYR., SSDK., JP.

 
  • Terkini

  • Digemari

Jemput kawan

Online

Kami ada 2 tetamu online

Maklumat Pengunjung

72340
Hari iniHari ini16
SemalamSemalam135
Minggu iniMinggu ini276
Bulan iniBulan ini966
KeseluruhanKeseluruhan72340

 

Alexa stats and google pagerank