Yayasan Sultanah Bahiyah

E-mail Cetak PDF
 


PROJEK TITIAN BISTARI



Pengenalan Projek Pendidikan merupakan proses dan aktiviti yang bertujuan membawa perubahan kepada seseorang individu mengikut norma dan nilai sesuatu masyarakat. Pada zaman moden ini, sekolah adalah dipertanggungjawabkan untuk memberi pendidikan dan menghasilkan perubahan keatas diri seseorang. Matlamat utama pendidikan adalah untuk menyediakan seseorang individu berperanan positif dan berkesan dalam masyarakat. Nilai-nilai positif ini boleh diterapkan melalui pelajaran. Pelajaran merupakan asset penting kepada individu di dalam sebuah kehidupan .Peluang ini membolehkan setiap individu tersebut mencapai tahap kehidupan yang lebih sempurna malahan dengan berpendidikan juga kehidupan dapat direncanakan kearah kejayaan.

Menyedari serta menginsafi hakikat ini, YSB telah merangka dan melaksanakan satu projek kemasyarakatan yang dinamakan Projek Titian Bistari (Bridge to Excelence Projek). Projek ini merupakan projek terunggul dan projek Induk YSB dan diwujudkan atas dasar untuk membantu dan meningkat keupayaan murid-murid miskin luar Bandar yang berpotensi dalam Bahasa Inggeris dan Matematik. Penyelidikan mendapati sekolah-sekolah luar bandar gagal mencapai peratusan yang memuaskan didalam ujian UPSR dan kegagalan ini berpunca dari kelemahan di dalam matapelajaran Bahasa Inggeris dan Matematik.

Objektif

Objektif utama perlaksanaan projek ini ialah:

  • Membantu murid-murid miskin di kawasan pendalaman untuk mendapatkan pelajaran tambahan.
  • Mempertingkatkan peratus kelulusan dalam matapelajaran Bahasa Inggeris dan Matematik.
  • Membantu meningkatkan peratus kelulusan sekolah didalam keputusan UPSR.
  • Sebagai tambahan kepada aktiviti-aktiviti bagi mengimarahkan masjid.
  • Sebagai persiapan kepada murid-murid menghadapi peperiksaan UPSR.
  •  

     
     
    • Terkini

    • Digemari

    Jemput kawan

    Online

    Kami ada 5 tetamu online

    Maklumat Pengunjung

    72603
    Hari iniHari ini6
    SemalamSemalam134
    Minggu iniMinggu ini539
    Bulan iniBulan ini1229
    KeseluruhanKeseluruhan72603

     

    Alexa stats and google pagerank