Yayasan Sultanah Bahiyah

E-mail Cetak PDF

PROGRAM TSUNAMI

Program Pemulihan Mangsa Tsunami

YSB telah terlibat dengan program pemulihan bagi mangsa tsunami sejak bencana melanda pada 26hb Disember 2004 dengan memberi khidmat bantuan barangan,makanan,tenaga sukarelawan serta projek jangka panjang.Kelas jahitan intensif dan memasak telah diadakan di lot 79 Taman Permatang Katong,Kuala Muda sejak bulan Januari 2006 dan seramai lebih 40 wanita turut serta.Ia bertujuan membantu menambah kemahiran jahitan,kerja kraf dan masak kepada kaum wanita agar dapat dimanfaatkan bagi menjana ekonomi.Elaun guru mahir dari Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dan kos selenggaraan kelas telah dibiayai oleh YSB.Sebuah pusat PTB telah diadakan di SK Seri Kuala dengan sumbangan dari Prudential Assurance Berhad untuk murid-murid terpilih di sana.

5 buah pondok menunggu bas telah dibina dibawah pemantauan YSB yang disumbangkan oleh PRUDENTIAL di sekitar Permatang Katong dan Seri Kuala.Ini adalah bertujuan untuk mengalihkan suasana kesan tsunami serta member kemudahan baru kepada penduduk di sana setelah banyak harta benda serta persekitaran yang telah musnah dilanda bencana tersebut.

Di daerah Langkawi,YSB turut memberi bantuan dalam bentuk bahan bacaan dan basikal kepada murid sekolah yang menjadi mangsa dengan bantuan dari syarikat MERCK dan PRUDENTIAL.Tidak ketinggalan sebuah pusat PTB telah diadakan di SK Kuala Triang pada tahun 2005 hingga sekarang.

 
  • Terkini

  • Digemari

Jemput kawan

Online

Kami ada 4 tetamu online

Maklumat Pengunjung

72344
Hari iniHari ini20
SemalamSemalam135
Minggu iniMinggu ini280
Bulan iniBulan ini970
KeseluruhanKeseluruhan72344

 

Alexa stats and google pagerank