PROJEK MENDANA KEWANGAN
Sepanjang tahun 2007 beberapa usaha telah dijalankan bagi tujuan mendana kewangan.Program yang dimaksudkan ialah Karnival Amal Hari Penyayang,golf amal “The Royal Challenge”,konsert amal “Prague Symphoni Orchestra”.
Pesta masyarakat Karnival Amal Hari Penyayang telah diadakan pada 4hb dan 5hb Mei dan telah menarik lebih 40 000 orang pengunjung sepanjang 2 hari itu.Antara acara yang diadakan ialah peraduan mewarna kanak-kanak,Larian Bendang (larian yang paling popular termasuk jarak separuh marathon),sukan remaja (skateboard,basikal BMX,futsal dan bola jaring),pertandingan memancing dan banyak lagi.
Lelongan amal juga telah diadakan dengan disaksikan oleh KDYMM Tuanku Sultan dan KDYMM Tuanku Sultanah,DYTM Tuanku Raja Muda dan DYTM Tuanku Raja Puan Muda Kedah serta Menteri Besar,orang kenamaan dan penderma-penderma.Beberapa barangan istimewa dan unik telah dilelong dan hasil lelongan ialah RM 322 000.
Pameran kerjaya & akademik serta pameran oleh badan bukan kerajaan turut diadakan.Jualan bazar kebajikan dan bazar makanan turut menyediakan pelbagai juadah makanan serta barangan kepada umum.Pengunjung pesta turut tertarik pada pameran kenderaan,persembahan artis,murid sekolah dan pertandinganbola sepak amal antara pasukan KDYMM dengan ERA Football Club (pasukan artis).
Pesta yang popular dikalangan masyarakat Kedah telah melibatkan semua peringkat umur,member peluang kepada semua sama ada mengambil bahagian dalam acara-acara atau menikmati makanan atau membeli belah mahupun sekadar bersuka ria.Konsep YSB iaitu berhibur sambil menderma telah berjaya mendana lebih RM 280 000 untuk membiayai projek Titian Bistari.
YSB juga menganjurkan acara tahunan golf amal “The Royal Challenge 2007/2008.Ini adalah kali ke-10 penganjurannya dan telah diadakan sebanyak 4 pusingan kelayakan.Ia diadakan di Cinta Sayang Golf & Country Club pada 17hb November 2007,Kulim Golf & Country Resort pada 8 Disember 2007,Kuala Lumpur Golf & Country Club pada 15 Januari 2008 dan Black Forest Golf & Country Club pada 26hb Januari 2008.Pemenang pusingan awal bertanding pada pertandingan akhir yang diadakan pada 16hb dan 17hb Februari 2008 di Darulaman Golf & Country Club.Hadiah utama merupakan sebuah skuter sumbangan Modenas jenama Elite Sport 150cc diiringi sebuah piala pusingan dimenangi En James Lee dari Bukit Jambul Golf Club.Johan acara “nett” dan johan “gross” memenangi set golf Cleveland dimenangi oleh En Ismail Ibrahim dari Harvard Golf Club.Hasil kutipan kasar golf mencecah RM 550 000 untuk membiayai Pusat Rawatan Hemodialisis YSB dan program kebajikan lain.
Okestra Sinfonia Prague dari Republic Czech telah mengadakan konsert amal pada 8hb September di Plenary Hall,Kuala Lumpur Convention Center (KLCC).Tiket telah dijual dengan harga dari RM 60 hingga RM 500.Lebih 500 orang hadirin menyaksikan persembahan tersebut.Penyanyi soprano Malaysia,Cik Irma Lailatul turut membuat persembahan bersama-sama 36 orang peserta okestra.YSB memperoleh RM 32 500 dari kutipan persembahan tersebut.
| < Sblm | Seterusnya > |
|---|








