Yayasan Sultanah Bahiyah

E-mail Cetak PDF

PROGRAM WARGA EMAS 2005

4 Ogos 2005 - Program sehari Yayasan Sultanah Bahiyah dan Felda Bukit Tangga bersama Warga Emas ini merupakan program yang julung kali diadakan. Buat pertama kalinya program Warga Emas anjuran Yayasan Sultanah Bahiyah diadakan di kawasan Felda.

Program ini telah dirasmikan oleh YTM Dato’ Seri Tunku Puteri Intan Safinaz bt KDYMM Tuanku Sultan Haji Abdul Halim Mu’adzam Shah, DKYR., SSDK., JP

Objektif Program : Program ini dianjurkan untuk meraikan Warga Emas di samping memupuk semangat kerjasama dan kejiranan yang tinggi di kalangan masyarakat. Selain memupuk semangat perpaduan, program ini juga bertujuan menyemai sifat penyayang antara golongan belia dan warga emas agar mereka terasa dihargai dan diperlukan di kalangan masyarakat.

Seramai lebih kurang 400 peserta Warga Emas telah mengambil bahagian dalam program ini. Antara program yang dianjurkan untuk Warga Emas ialah Kem-Kesihatan di mana terdapat pemeriksaan gigi, mata, hidung, telinga, darah, gula dan pemeriksaan am. Selain itu, peserta Warga Emas yang terlibat juga telah mengambil bahagian dalam beberapa acara persembahan iaitu persembahan silat oleh Warga Emas Felda Bukit Tangga, nyanyian nasyid oleh Warga Emas Daerah Kubang Pasu dan Padang Terap serta permainaan alat muzik tradisional oleh Warga Emas dari kelompok Siam. Pertandingan Gubahan Buah-buahan juga telah diadakan oleh Warga Emas Felda Bukit Tangga dan YTM Dato’ Seri Tunku Puteri telah berkenan berangkat untuk melawat tapak di mana pertandingan tersebut diadakan. YTM Dato’ Seri Tunku Puteri juga telah membuat lawatan ke Kem-Kesihatan yang sedang dijalankan pada hari tersebut.

Program ini telah mendapat sambutan di luar jangkaan. Lebih kurang 1000 orang hadir termasuk wakil Pengarah Besar Felda Malaysia iaitu Pengurus Besar Felda Wialayah Ipoh dan Ketua-Ketua Jabatan di daerah Kubang Pasu, penduduk Felda Bukit Tangga dan sekitarnya serta agensi-agensi swasta seperti wakil daripada pihak media.

 
  • Terkini

  • Digemari

Jemput kawan

Online

Kami ada 1 tamu online

Maklumat Pengunjung

72327
Hari iniHari ini3
SemalamSemalam135
Minggu iniMinggu ini263
Bulan iniBulan ini953
KeseluruhanKeseluruhan72327

 

Alexa stats and google pagerank