Amir

Amir

www.mesrajodoh.com

Website URL: E-mel: Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

Selasa, 17 November 2009 02:23

6 perkara Allah sembunyikan

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail a.s dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail a.s memandang dirinya sendiri dan berkata:

"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?."

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak"

Kemudian Jibrail a.s berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail a.s solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.'

Selasa, 17 November 2009 02:12

7 perkara yang mengembalikan mood anda!

Sebagai seorang pelajar, kita seringkali sibuk dengan kelas, assignment/homeworks yang perlu dihantar sehinggakan berasa tertekan dengan segala tanggungjawab yang perlu kita galas. Mungkin anda pernah mengalami satu perasaan di mana, setiap kali anda bangun dari tidur, anda hendak bebas daripada segala dugaan yang sedang anda lalui ini. Usah risau, kerana ada berbagai-bagai jawapan bagi permasalahan ini!

Setiap orang ada cara tersendiri bagi memulihkan mood mereka. Langkah-langkah yang hendak saya kongsikan dalam post kali ini hanyalah sebahagian teknik yang boleh anda aplikasikan dalam kehidupan seharian anda…

Ahad, 15 November 2009 08:18

Kita perlu mempunyai Fokus

Kita perlu mempunyai fokus. Mengikut Dr. Hj. Mohd. Azhar Hj. Yahaya, Pengarah Bahagian Psikologi “Sifat fokus merupakan minda kelas pertama.” Fokus bererti kita memusatkan segala usaha, tenaga dan sumber ke arah kejayaan matlamat kita. Thomas Edison pernah gagal 9,999 kali sebelum ia berjaya mencipta bulb elektrik – satu ciptaan yang menjadikan hidup kita lebih selesa.


Fokus adalah sebanding dengan kenyataan. Apa yang kita fokus itulah yang akan kita dapat. Untuk menjelaskan lagi maksud fokus, marilah dengan saya ke Bandar Mexico pada 20 Oktober 1968, jam 2 petang. Atlet-atlet sedang memulakan Marathon Olimpik. Mereka bergegas-gegas ke depan untuk menerajui larian. Dalam keadaan terburu-buru itu, seorang atlet Tanzania tersungkur dan dipijak oleh atlet-atlet lain. Ia cuba bangun untuk meneruskan larian. Tetapi kakinya tidak mengizinkan. Namun, ia bangun dan berjalan terdengkot-dengkot, berlari mengheretkan kaki yang patah, kaki berlumuran darah, wajahnya penuh kesakitan. Setiap langkah membawa kesengsaraan yang tidak tertahan.

Pengumuman Penting

Pihak Yayasan Sultanah Bahiyah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang isi kandungan artikel yang dipaparkan di dalam Blog Alumni Mutiara YSB. Segala kandungan adalah tanggungjawab sepenuhnya daripada pengguna yang menghantar artikel. Sebarang tuntutan tidak akan dilayan harap maklum.