Agama

Agama (1)


Selasa, 17 November 2009 02:23

6 perkara Allah sembunyikan

Ditulis oleh Amir

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail a.s dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail a.s memandang dirinya sendiri dan berkata:

"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?."

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak"

Kemudian Jibrail a.s berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail a.s solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.'

Pengumuman Penting

Pihak Yayasan Sultanah Bahiyah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang isi kandungan artikel yang dipaparkan di dalam Blog Alumni Mutiara YSB. Segala kandungan adalah tanggungjawab sepenuhnya daripada pengguna yang menghantar artikel. Sebarang tuntutan tidak akan dilayan harap maklum.