Ahad, 15 November 2009 08:18

Kita perlu mempunyai Fokus

Ditulis oleh Amir
Nilaikan bahan ini
(0 Undian-undian)

Kita perlu mempunyai fokus. Mengikut Dr. Hj. Mohd. Azhar Hj. Yahaya, Pengarah Bahagian Psikologi “Sifat fokus merupakan minda kelas pertama.” Fokus bererti kita memusatkan segala usaha, tenaga dan sumber ke arah kejayaan matlamat kita. Thomas Edison pernah gagal 9,999 kali sebelum ia berjaya mencipta bulb elektrik – satu ciptaan yang menjadikan hidup kita lebih selesa.


Fokus adalah sebanding dengan kenyataan. Apa yang kita fokus itulah yang akan kita dapat. Untuk menjelaskan lagi maksud fokus, marilah dengan saya ke Bandar Mexico pada 20 Oktober 1968, jam 2 petang. Atlet-atlet sedang memulakan Marathon Olimpik. Mereka bergegas-gegas ke depan untuk menerajui larian. Dalam keadaan terburu-buru itu, seorang atlet Tanzania tersungkur dan dipijak oleh atlet-atlet lain. Ia cuba bangun untuk meneruskan larian. Tetapi kakinya tidak mengizinkan. Namun, ia bangun dan berjalan terdengkot-dengkot, berlari mengheretkan kaki yang patah, kaki berlumuran darah, wajahnya penuh kesakitan. Setiap langkah membawa kesengsaraan yang tidak tertahan.


Namun ia berusaha. Di Stadium Olympik – tempat tamat marathon. Jam menunjukkan hampir 7 malam. Tiga jam sebelum semua pelari telah menghabiskan larian mereka. 5 jam selepas ia memulakan larian, John Steven Aquari dari Tanzania, pelari terakhir berjaya menghabiskan larian marathon Olimpik 1968; diiringi dengan tepukan gemuruh. Apabila suasana di Stadium reda, para penonton berpusu-pusu ke pintu pagar dan Aqauri diberi rawatan dan disediakan untuk dibawa ke hospital seorang pemberita sempat bertanyanya mengapakah ia masih meneruskan perlumbaan walaupun tercedera. Adakah lebih baik ia menarik diri dari mengalami penderitaan dan kesakitan. Maka ia menjawab: “Negara saya telah menghantar saya 7000 batu jauhnya ke sini bukan untuk memulakan larian...tetapi untuk menghabiskannya....”


Itulah yang dimaksudkan fokus – semangat yang kental dan waja ke arah pencapaian matlamat.

Kali terakhir diubahsuai Selasa, 17 November 2009 02:17
Amir

Amir

www.mesrajodoh.com

E-mel: Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
Lebih lagi dalam kategori ini: 7 perkara yang mengembalikan mood anda! »

1 Komen

  • Pautan Komen Munir Selasa, 17 November 2009 08:45 Dibuat oleh Munir

    Fokus fokus..jangan tak fokus

    Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

Pengumuman Penting

Pihak Yayasan Sultanah Bahiyah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang isi kandungan artikel yang dipaparkan di dalam Blog Alumni Mutiara YSB. Segala kandungan adalah tanggungjawab sepenuhnya daripada pengguna yang menghantar artikel. Sebarang tuntutan tidak akan dilayan harap maklum.