|
|||||||
Selamat Datang ke Blog Alumni Mutiara YSB
-
pelajar Mutiara YSB
Ditulis oleh
angah
Jangan mudah mengaku kalah...teruskan usaha walaupun pencapaian yang kita perolehi tidaklah sehebat mana,tapi kesungguhan yang ditunjukkan adalah kunci kejayaan sebenarnya.

Ditulis pada Isnin, 28 Disember 2009 09:40 Dalam Umum
4 comments Baca 149 kali Baca Lagi...
-
Kepentingan Ilmu
Ditulis oleh
Administrator
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu) atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut) dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa.”
(al-Bazzar)
Huraian- Ilmu menduduki darjat yang tinggi di sisi manusia dan juga di sisi Allah S.W.T. Orang yang berilmu akan dimuliakan oleh penduduk langit dan bumi sebaliknya bagi orang yang tidak berilmu. Oleh itu setiap mukmin hendaklah berusaha mempertingkatkan kemajuan dirinya sama ada :
a) Menjadikan dirinya orang alim (berilmu) yang mengajarkan ilmunya kepada orang lain
b) Menjadi orang yang belajar (menuntut ilmu)
c) Mendengar atau mengikuti majlis-majlis ilmu.
d) Menghormati atau mencintai salah satu atau ketiga-tiga golongan di atas dengan menurut jejak langkah mereka.
Ditulis pada Selasa, 17 November 2009 02:51 Dalam Pendidikan
148698 comments Baca 53977 kali Baca Lagi...
-
6 perkara Allah sembunyikan
WRITTEN_BY_MALE
Amir
Allah SWT selesai menciptakan Jibrail a.s dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail a.s memandang dirinya sendiri dan berkata:
"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?."
Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak"
Kemudian Jibrail a.s berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.
Setelah selesai Jibrail a.s solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.'
Ditulis pada Selasa, 17 November 2009 02:23 Dalam Agama
Jadi orang pertama yang komen! Baca 85 kali Baca Lagi...
-
7 perkara yang mengembalikan mood anda!
WRITTEN_BY_MALE
Amir
Sebagai seorang pelajar, kita seringkali sibuk dengan kelas, assignment/homeworks yang perlu dihantar sehinggakan berasa tertekan dengan segala tanggungjawab yang perlu kita galas. Mungkin anda pernah mengalami satu perasaan di mana, setiap kali anda bangun dari tidur, anda hendak bebas daripada segala dugaan yang sedang anda lalui ini. Usah risau, kerana ada berbagai-bagai jawapan bagi permasalahan ini!
Setiap orang ada cara tersendiri bagi memulihkan mood mereka. Langkah-langkah yang hendak saya kongsikan dalam post kali ini hanyalah sebahagian teknik yang boleh anda aplikasikan dalam kehidupan seharian anda…
Ditulis pada Selasa, 17 November 2009 02:12 Dalam Gaya Hidup
Jadi orang pertama yang komen! Baca 82 kali Baca Lagi...
-
Kita perlu mempunyai Fokus
WRITTEN_BY_MALE
Amir
Kita perlu mempunyai fokus. Mengikut Dr. Hj. Mohd. Azhar Hj. Yahaya, Pengarah Bahagian Psikologi “Sifat fokus merupakan minda kelas pertama.” Fokus bererti kita memusatkan segala usaha, tenaga dan sumber ke arah kejayaan matlamat kita. Thomas Edison pernah gagal 9,999 kali sebelum ia berjaya mencipta bulb elektrik – satu ciptaan yang menjadikan hidup kita lebih selesa.
Fokus adalah sebanding dengan kenyataan. Apa yang kita fokus itulah yang akan kita dapat. Untuk menjelaskan lagi maksud fokus, marilah dengan saya ke Bandar Mexico pada 20 Oktober 1968, jam 2 petang. Atlet-atlet sedang memulakan Marathon Olimpik. Mereka bergegas-gegas ke depan untuk menerajui larian. Dalam keadaan terburu-buru itu, seorang atlet Tanzania tersungkur dan dipijak oleh atlet-atlet lain. Ia cuba bangun untuk meneruskan larian. Tetapi kakinya tidak mengizinkan. Namun, ia bangun dan berjalan terdengkot-dengkot, berlari mengheretkan kaki yang patah, kaki berlumuran darah, wajahnya penuh kesakitan. Setiap langkah membawa kesengsaraan yang tidak tertahan.
Ditulis pada Ahad, 15 November 2009 08:18 Dalam Gaya Hidup
3 comments Baca 321 kali Baca Lagi...
- Ilmu menduduki darjat yang tinggi di sisi manusia dan juga di sisi Allah S.W.T. Orang yang berilmu akan dimuliakan oleh penduduk langit dan bumi sebaliknya bagi orang yang tidak berilmu. Oleh itu setiap mukmin hendaklah berusaha mempertingkatkan kemajuan dirinya sama ada :














